Perodua Alza Infinite vs InfiniteX - Full Story Mory
Di KLIMS 2010 Perodua mempamerkan Alza Infinite Concept, model modifikasi hasil tangan pereka Perodua sendiri. Mengikut info yang tercatat bersebelahan Infinite ialah Alza mempunyai potensi untuk menarik minat golongan muda cuma ianya belum diterokai lagi. Untuk itu Perodua Alza Infinite Concept dihasilkan untuk lebih berketrampilan.
Senarai modifikasinya agak ekstensif seperti di bawah:
- Warna Matte White
- Kit badan lebar [wide body]
- Roda Aloi 18 inci
- Bumbung panorama
- Lampu utama LED & Xenon HID
- Ekzos dua tip
- Kerusi bucket depan dan belakang
- Panel skrin sesentuh
- Stereng dengan butang start dan kawalan pelbagai fungsi
- Kemasan suede alcantara hitam
- 12 pembesar suara dan sub woofer 12 inci
- HU 2 Din skrin sesentuh dengan GPS dan kamera ‘gostan’
- 3 skrin LCD
- Suspensi boleh laras
- Sistem kemasukan [intake] berprestasi
Alza Infinite adalah model konsep untuk menunjukkan berapa jauh kereta ini boleh pergi [dimodifikasi] dan agak mustahil untuk dikeluarkan dengan skala besar. Projek sekali saja. Tapi masih ada anak muda yang berani mencuba.. more info di bawah
Namun begitu, 7 anak muda telah berjaya mengambil peluang untuk mencipta ALZA InfiniteX. Concept yang serupa seperti di KLIMS.
Infinite mereka telah di design dan dikeluarkan oleh SD Aerodynamics Automobile Design iaitu satu bengkel dengan Infinite di KLIMS 2010. Tahniah!!
Kepada mereka yang ingin make over kenderaan kepada rupa yang lebih menarik, boleh layari https://www.facebook.com/sdaerodynamics/
0 comments:
Post a Comment